Alhamdulillah, Syukur pada Allah kerana hari ni dapat lagi menebus 2000 mata daripada Ipanelonline Malaysia. Sebenarnya apply nak tebus tu semalam, dan hari ni dah masuk ke akaun paypal.
Alhamdulillah, sebab Allah mudahkan segala urusan. Survey pun jawab dua hari sekali aje, tapi syukur masih mendapat mata.
Untuk kawan-kawan yang rajin, mungkin boleh dapat lebih daripada apa yang saya peroleh. Lepas ni saya nak kumpul mata banyak-banyak baru nak tebus. Bukankah ada pepatah yang menyebut, sedikit-sedikit , lama-lama jadi bukit.
So, Jom sama-sama kita buat duit dengan cara mudah ni. Tak perlu keluarkan duit pendaftaran atau duit muka bagai. Cuma isikan maklumat dan boleh mula menjawab survey dan buat duit. Sesiapa yang berminat bolehlah klik di sini, Ipanelonline .
Tuesday, 17 June 2014
Wednesday, 11 June 2014
Alhamdulillah.....Dapat rezeki Allah daripada Ann Kate Survey
Alhamdulillah setelah hampir sebulan memjawab survey dari Ann Kate di https://my.ann-kate.com/registration/index.php?inviter=MYMT1405130017 , akhirnya usaha saya berbaloi.
Saya berjaya menebus 2000 mata bersamaan $5.00USD dan wang tersebut telah dimasukkan ke akaun paypal saya. Pembayaran berjaya diterima kurang daripada sejam. Bestkan.
Saya sudah, anda bila lagi. Mudah je jawab survey ni. Yang penting kena usaha. So...Jom jana pendapatan online.

Saturday, 31 May 2014
Penyakit Kayap
Salam semua,
Ada sesiapa yang pernah kena penyakit kayap?
Penyakit kayap ni ialah sejenis penyakit kulit. Kulit akan ditumbuhi ruam-ruam kecil berair atau nanah yang kemerah-merahan. Sebenarnya beberapa minggu lalu, aku sendiri dijangkiti kayap. Tak pasti kayap apa kerana kayap ada beberapa jenis, iaitu kayap ular, kayap api, kayap harimau, kayap bersambung, kayap setompok dan ada la beberapa nama lagi yang tak ingat.
Aku sendiri tak pasti yang menjangkiti aku tu, kayap apa. Apa perasaan kena kayap tu? Tuhan aje yang tahu. Mana tak nya bangun dari tidur pagi itu, leherku terasa pedih amat. Sambil membelek cermin, dalam hati terdetik, ruam tumbuh kat sini rupanya, tapi kenapa rasa pedih sangat? Hairan la jugak.
Pagi tu sapu ubat gatal pada permukaan kulit yang beruam tu. Rasa pedih tak berkurangan pun. Aku makin tak selesa. Sampai di tempat kerja, aku bertanya kepada beberapa orang rakan sambil menunjukkan kawasan ruam tu. Ustazah Wan tengok terus je diagnos kata kayap tu, Eka. Macam doktor pulak Ustazah Wan ni. Aku terkulat-kulat. Ye ke, orang tak pernah kena kayap lah katakan. Dia suggest suruh pergi Klinik Haji Ayaz di Alor Setar. Katanya InsyaAllah ubat yang diambil dari klinik tu dengan penyakit ni selalunya mujarab. Dalam hati, takkan nak sua leher ni kat doktor tu kut.
Petang tu aku telefon mak, cerita tentang apa yang aku alami. Mak nasihat pergi jumpa doktor. En. suami belikan ubat sapu farmasi. Aku sapu bahagian sakit dengan ubat yang dibeli, makin merah kawasan tu dan bertambah pedih. Mungkin kerana aku terlalu berhati-hati dengan kawasan leher tu, leher menjadi tegang dan stress, macam sakit urat pulak. Aku sibuk hantar gambar kawasan berkenaan pada adik-adik, macam-macam respon dia orang. Laili kata sebab aku amalkan diet atkins, so... itu semua toksik yang dikeluarkan oleh badan. Noted.
Keesokan harinya aku dilarang memasak. Happy sebab boleh relaks. Tapi tak boleh diet sebab dilarang makan telur, ayam dan lain-lain makanan yang mengundang kegatalan kulit. So nak makan apa? Terpaksa la makan bubur macam orang berpantang. En. suami balik ke kampungnya untuk mengambil daun delima. Petua ni Ustazah Wan yang bagi tau aku. Tumbuk daun delima dan campurkan dengan bedak sejuk. Bancuh campuran likat dan sapu pada bahagian pada bahagian yang sakit.

Gambar ihsan dari Google Image
Apabila disapukan bancuhan tersebut pada leher rasa sejuk je dan hilang rasa pedih. Dan setelah semalaman, kawasan berkenaan kelitan kehitaman dan menunjukkan tanda-tanda ruam tu akan kering. Aku terus menyapu bahagian tersebut dan tak lupa juga sapukan krim pada bahagian yang sudah kering. Bahagian yang kering akan berasa tegang dan sakit. Jika disapukan krim pada bahagian tersebut, akan lembap dan kurang tegang. Sel kulit mati pada bahagian yang kering tu pun akan menggelupas.
Alhamdulillah, aku sihat sepenuhnya dalam masa 4 hari, rasa sakit pedih tiada dan yang tinggal hanyalah bahagian kulit yang kering. Aku sangat bersyukur kerana dapat suami, keluarga dan rakan-rakan yang prihatin dengan keadaan aku. Alhamdulillah, ya Allah. Bila dapat ujian sikit daripada Allah dengan penyakit ni, aku rasa Allah bagi peringatan pada kita supaya perbaiki kelemahan dan kelalaian kita daripada mengingatiNya.
Friday, 30 May 2014
Seronoknya.....
Salam semua,
Dah dekat sebulan blog ni wujud, banyak perkara yang saya pelajari. Semua try and erorr. Dan hari ni, saya gembira sebab berjaya. Ala nak letak iklan Nuffnang aje pun. mungkin bagi sesetengah orang perkara ni "ala kacang je", tapi untuk kuyang baru berjinak-jinak dengan blog ni.... Besar Rahmat Allah kalau pandai menggodek dan kelebek benda ni....
Apa-apa pun Syukur pada Allah kerana beri ilham dan petunjukNya.

JANA PENDAPATAN ONLINE DENGAN PERCUMA
Assalamualakum dan Selamat Sejahtera Semua,
Ramai di antara kita yang beminat nak menambah pendapatan tetapi tidak mempunyai pengalaman berniaga apatah lagi secara online. Wah!!! masing-masing nak promote barangan, so orang yang tak ada pengalaman macam saya ni juga lah yang sering jadi pembeli.
Ramai juga yang menghabiskan masa melayari internet tapi tak bertambah pun duit poket, juga macam saya. So ....akhirnya saya baru menemui cara bagi menjana duit poket tambahan secara online tanpa mengeluarkan wang saku kita sesen pun, PERCUMA...
Tak percaya???? Ini bukan scam atau tipu helah. Saya telah mencubanya dan berjaya menambah duit poket walau tak banyak mana.
Pernah dengar tak online survey, iaitu kaji selidik tentang produk yang telah berada di pasaran atau yang akan berada di pasaran. Kita akan dibayar, jika kita dipilih untuk menjawab soal selidik.
Saya ada mencuba beberapa online survey tapi bagi saya dua port online survey ni je yang best pun kalau nak lepak sebab selalunya berhasil.
1. Ipanelonline Malaysia
2. Anne Kate
Ni contoh bayaran Ipanelonline yang pertama saya terima. Memang tak banyak sebab saya tak rajin sangat pun tapi sekurang-kurang nya ada hasil.
Akaun Paypal memang wajib ada tapi tak perlu terburu-buru, jawab survey banyak-banyak baru buat pun tak pe. Dengan Ipanelonline, mata terkumpul 1000 bersamaan RM 10 dah boleh claim, dan dengan Anne Kate pula mata terkumpul 2000 baru boleh tuntut.
So...tunggu apa lagi, segera mencuba...

Wednesday, 7 May 2014
Pengiraan OTI secara auto untuk UPSR, SPM dan STPM
Salam kepada para pendidik semua,
Tinggal berbaki dua tahun bagi pelaksanaan sistem peperiksaan sebelum ia diambil alih sepenuhnya oleh sistem pentaksiran. Namun begitu masih terdapat di antara kita yang terkeliru dengan pengiraan Headcount.
Kali ini saya lampirkan file excel yang mungkin berguna kepada mereka yang masih tercari-cari pengiraan OTI dalam Headcount.
Berminat, sila klik di sini.
Saturday, 3 May 2014
Diet Atkins Berbahaya?
Salam Semua,
Diet Atkins Berbahaya?
Takutkan dengan statment tu. Apa bahayanya diet ni?
Bagi aku la yang dah sebulan mengamalkan diet ni memang amat berbahaya sebab
1. Berat badan turun dengan cepat. Macam tak caya je.
2. Diet yang sentiasa kenyang, tak perlu berlapar. Mana taknye rasa lapar je makan telur rebus sebiji.
3. Diet yang kurang senam pun tak mengapa sebab berat akan turun gak dan saiz baju pun makin kecil.
4. Amat berbahaya kerana kena belanja lebih untuk beli ayam, ikan,daging dan sayuran hijau. Nak jimat makan telur setiap hari.
5. Bahaya kerana terpaksa beli baju dan seluar baru, tak pun upah tailor untuk alter pakaian sebab semua pakaian dah longgar. Termasuk pakaian dalam.
Haa... Itulah pendapat aku yang berdiet atkins setelah sebulan. Apa progress aku? Haha berat dah turun, tapi tu lah dah 3 hari berdiet baru timbang jadi tak tau berat sebelum diet. Lepas 3 hari tu, berat 98kg. Dan setelah sebulan 91kg, buncit pun dah surut. Dan kini masih terus gigih berdiet untuk sihat dan capai berat idaman.

Subscribe to:
Posts (Atom)