Saturday, 3 May 2014

Diet Atkins Berbahaya?

Salam Semua,

Diet Atkins Berbahaya?

Takutkan dengan statment tu. Apa bahayanya diet ni?

Bagi aku la yang dah sebulan mengamalkan diet ni memang amat berbahaya sebab
1. Berat badan turun dengan cepat. Macam tak caya je.
2. Diet yang sentiasa kenyang, tak perlu berlapar. Mana taknye rasa lapar je makan telur rebus sebiji.
3. Diet yang kurang senam pun tak mengapa sebab berat akan turun gak dan saiz baju pun makin kecil.
4. Amat berbahaya kerana kena belanja lebih untuk beli ayam, ikan,daging dan sayuran hijau. Nak jimat makan telur setiap hari.
5. Bahaya kerana terpaksa beli baju dan seluar baru, tak pun upah tailor untuk alter pakaian sebab semua pakaian dah longgar. Termasuk pakaian dalam.

Haa... Itulah pendapat aku yang berdiet atkins setelah sebulan. Apa progress aku? Haha berat dah turun, tapi tu lah dah 3 hari berdiet baru timbang jadi tak tau berat sebelum diet. Lepas 3 hari tu, berat 98kg. Dan setelah sebulan 91kg, buncit pun dah surut. Dan kini masih terus gigih berdiet untuk sihat dan capai berat idaman.


No comments:

Post a Comment