Ada sesiapa yang pernah kena penyakit kayap?
Penyakit kayap ni ialah sejenis penyakit kulit. Kulit akan ditumbuhi ruam-ruam kecil berair atau nanah yang kemerah-merahan. Sebenarnya beberapa minggu lalu, aku sendiri dijangkiti kayap. Tak pasti kayap apa kerana kayap ada beberapa jenis, iaitu kayap ular, kayap api, kayap harimau, kayap bersambung, kayap setompok dan ada la beberapa nama lagi yang tak ingat.
Aku sendiri tak pasti yang menjangkiti aku tu, kayap apa. Apa perasaan kena kayap tu? Tuhan aje yang tahu. Mana tak nya bangun dari tidur pagi itu, leherku terasa pedih amat. Sambil membelek cermin, dalam hati terdetik, ruam tumbuh kat sini rupanya, tapi kenapa rasa pedih sangat? Hairan la jugak.
Pagi tu sapu ubat gatal pada permukaan kulit yang beruam tu. Rasa pedih tak berkurangan pun. Aku makin tak selesa. Sampai di tempat kerja, aku bertanya kepada beberapa orang rakan sambil menunjukkan kawasan ruam tu. Ustazah Wan tengok terus je diagnos kata kayap tu, Eka. Macam doktor pulak Ustazah Wan ni. Aku terkulat-kulat. Ye ke, orang tak pernah kena kayap lah katakan. Dia suggest suruh pergi Klinik Haji Ayaz di Alor Setar. Katanya InsyaAllah ubat yang diambil dari klinik tu dengan penyakit ni selalunya mujarab. Dalam hati, takkan nak sua leher ni kat doktor tu kut.
Petang tu aku telefon mak, cerita tentang apa yang aku alami. Mak nasihat pergi jumpa doktor. En. suami belikan ubat sapu farmasi. Aku sapu bahagian sakit dengan ubat yang dibeli, makin merah kawasan tu dan bertambah pedih. Mungkin kerana aku terlalu berhati-hati dengan kawasan leher tu, leher menjadi tegang dan stress, macam sakit urat pulak. Aku sibuk hantar gambar kawasan berkenaan pada adik-adik, macam-macam respon dia orang. Laili kata sebab aku amalkan diet atkins, so... itu semua toksik yang dikeluarkan oleh badan. Noted.
Keesokan harinya aku dilarang memasak. Happy sebab boleh relaks. Tapi tak boleh diet sebab dilarang makan telur, ayam dan lain-lain makanan yang mengundang kegatalan kulit. So nak makan apa? Terpaksa la makan bubur macam orang berpantang. En. suami balik ke kampungnya untuk mengambil daun delima. Petua ni Ustazah Wan yang bagi tau aku. Tumbuk daun delima dan campurkan dengan bedak sejuk. Bancuh campuran likat dan sapu pada bahagian pada bahagian yang sakit.
Gambar ihsan dari Google Image
Apabila disapukan bancuhan tersebut pada leher rasa sejuk je dan hilang rasa pedih. Dan setelah semalaman, kawasan berkenaan kelitan kehitaman dan menunjukkan tanda-tanda ruam tu akan kering. Aku terus menyapu bahagian tersebut dan tak lupa juga sapukan krim pada bahagian yang sudah kering. Bahagian yang kering akan berasa tegang dan sakit. Jika disapukan krim pada bahagian tersebut, akan lembap dan kurang tegang. Sel kulit mati pada bahagian yang kering tu pun akan menggelupas.
Alhamdulillah, aku sihat sepenuhnya dalam masa 4 hari, rasa sakit pedih tiada dan yang tinggal hanyalah bahagian kulit yang kering. Aku sangat bersyukur kerana dapat suami, keluarga dan rakan-rakan yang prihatin dengan keadaan aku. Alhamdulillah, ya Allah. Bila dapat ujian sikit daripada Allah dengan penyakit ni, aku rasa Allah bagi peringatan pada kita supaya perbaiki kelemahan dan kelalaian kita daripada mengingatiNya.